Print this page
Ahad, 22 Julai 2012 12:03

Perhimpunan Bulan Julai 2012

Rate this item
(0 votes)

Majlis Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 26 Syaaban 1433 H bersamaan 16 Julai 2012. Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamalkan sikap saling bekerjasama dan sayang menyayangi antara satu sama lain, tanpa mengira bahagian dan taraf kedudukan seseorang. Sikap saling bertanya khabar hendaklah sentiasa dihidupkan manakala sikap-sikap negetif dan buruk sangka yang boleh merenggangkan hubungan baik dikalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan hendaklah dihindarkan. Yang berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya telah mengajak semua pegawai dan kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing dan melaksanakan penghijrahan kepada suatu yang lebih baik sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa hari sahaja lagi, dengan melaksanakan tugas dengan penuh rasa bertanggungjawab serta berintegriti serta menjauhkan diri dari sikap-sikap negetif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam. Beliau juga menasihati warga Perbendaharaan Negeri agar menjadikan Ramadhan sebagai bulan melatih jiwa dan melipat gandakan amalan yang akan menjadi bekalan sekembali bertemu TUHAN di akhirat nanti.Pada perhimpunan ini juga diadakan majlis penyampian Anugerah Warga Contoh bagi suku ketiga 2012. Anugerah ini disampaikan oleh Yang berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, untuk Anugerah Warga Contoh suku ketiga 2012 disandang oleh En. Mohd Asmawi bin Busu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Read 685 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45