Print this page
Ahad, 01 Januari 2012 15:56

Pelantikan Ahli Lembaga Pemeriksa Tahunan Bagi Tahun 2012 ( AP 310 )

Rate this item
(0 votes)

Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan telah melantik Ahli-Ahli Lembaga Pemeriksa bagi membuat pemeriksaan keatas wang tunai, setem dan barang-barang berharga yang ada dalam simpan selamat dengan buku tunai serta rekod-rekod lain di Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Mengakaun Sendiri ( iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Perbadanan Bandar Baru Tunjung dan semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan), selaras dengan Arahan Perbendaharaan 310. Pemeriksaan-pemeriksaan tersebut telah diadakan pada hari pertama pejabat dibuka ( 1 Januari 2012 ) iaitu sebelum permulaan urusan pada hari kerja pertama pejabat-pejabat berkenaan.

Ahli-Ahli Lembaga Pemeriksa Di Perbendaharaan Negeri Kelantan terdiri daripada :

Pengarah Pembangunan Negeri - Pengerusi

Akauntan (Bahagian Kerajaan Kerajaan Tempatan) - Ahli Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Penolong Setiausaha (Kewangan) - Ahli Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Read 1344 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45