Print this page
Isnin, 22 Oktober 2012 13:50

Kematian Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan

Rate this item
(0 votes)

'Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun'. Tanggal 5 Zulhijjah 1433 H bersamaan 21 Oktober 2012, seorang warga Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu En. Ahmad Sattar bin Mohamad, Pembantu Am Pejabat telah kembali ke Rahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 1.30 pagi di Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 15 Oktober 2012 kerana kecederaan teruk akibat kemalangan jalanraya dan pada 16 Oktober 2012 telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rose Aini binti Haji Ghazali dan seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan serta sahabat handai telah hadir bagi menziarahi jenazah Allahyarham. Solat jenazah telah disempurnakan pada jam 10.30 pagi yang diimamkan oleh imam masjid mukim berkenaan. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Jantung, Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian. Allahyarham En. Ahmad Sattar meninggalkan seorang balu iaitu Puan Che Arona binti Che Daud dan dua orang anak. Allahyarham mula berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan mulai 16 Januari 1993 dan ditukarkan ke Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 1 Januari 2000. Kematiannya adalah merupakan kehilangan besar kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semoga Allah mencucuri rahmat ka atas rohnya serta ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.... AL FATIHAH.

Read 729 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45