Print this page
Isnin, 06 September 2010 10:48

Pertukaran Pegawai

Rate this item
(0 votes)

Pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan)

Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan. Tempat beliau telah diambil oleh Yang Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan) di Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 1 September 2010.

Sebelum itu,Yang Berusaha Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoff, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan) yang ditempatkan di Pembangunan Tanah Tinggi Lojing telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Lojing sebagai Ketua Jajahan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.Tempat beliau diambil alih oleh Yang Berusaha Encik Nik Abdullah Bin Nik Daud yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim. Beliau ditempatkan di Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan  sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) berkuatkuasa mulai 1 September 2010.

Seluruh warga Pejabat Perbendaharaan Negeri mengucapkan tanniah dan syabas kepada Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail dan Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoffdan mengalu-alukan kedatangan pekerja baru ke Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Read 722 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45