Print this page
Rabu, 08 September 2010 09:29

Perhimpunan Bulanan Pejabat Perbendaharaan Negeri

Rate this item
(0 votes)

Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri baru menggantikan Tuan Haji Zamri bin Haji Ismail mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap. Dalam ucapannya beliau mengajak semua pegawai dan kakitangan menumpukan sepenuh masa dalam melaksanakan tugas  serta dapat memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalan tugas harian belia. Beliau seterusnya menasihat semua warga Perbendaharaan agar sama-sama melaksanakan tugas-tugas mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan.

Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengalukan-alukan kedatangan En. Rosnaszli sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang baru serta mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zamri bin Haii Ismail yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan.  Beliau seterusnya mengharapkan semua warga Perbendaharaan Negeri dapat menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta sentiasa merebut peluang-peluang keemasan dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Beliau juga menasihati semua warga Perbendaharaan agar menjadikan  Ramadhan sebagai bulan untuk melatih jiwa dan sebagai pedoman  dalam melaksanakan tugas harian di pejabat lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan seharian yang menjadi bekalan sekembali bertemu Tuhan Rabbul Jalal nanti.

galeri

Read 659 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45