Print this page
Isnin, 02 Ogos 2010 15:27

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Ogos

Rate this item
(1 Vote)

Yang Berusaha En. Nik Mustapha bin Nik Hassan dalam ucapannya mengajak semua pegawai / kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing sempena kedatangan  Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Beliau seterusnya meminta semua warga Perbendaharaan melakukan penghijrahan kepada  sesuatu yang yang lebih baik terutama dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta berintegriti dan menjauhkan sikap-sikap negetif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam. Beliau juga telah mengingatkan supaya sentiasa  mengingati Allah dalam setiap urusan kehidupan dengan membaca maksud sepotong hadis Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasallam) yang antara kasar bermaksud " Sudah Cukup Dengan Mengingati Kematian Itu Sebagai Pedoman / Pengajaran  Bagi Kamu ".

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa mulai Bulan September 2010 semua permohonan cuti akan dilaksanakan melalui HRMIS (e-cuti) dan meminta semua warga Perbendaharaan mengambil berat mengenai pelaksanaan HRMIS dengan sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat sebagaimana yang dikehendaki.

Sementara itu Yang Berusaha Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan selamat bertugas kepada En. Mat Husin bin bin Mat Nor  sebagai Pembantu Pejabat menggantikan Haji Wan Yusoff bin Ibrahim (bersara). Disamping itu beliau juga mengharapkan komitmen semua pegawai/kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian.

lagi

Read 735 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45