Print this page
Rabu, 21 April 2010 14:27

Lawatan kerja Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman

Rate this item
(1 Vote)

Satu lawatan kerja Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 24 Safar 1431H bersamaan 9 Februari 2010.

Lawatan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan itu adalah bagi membincangkan mengenai kaedah-kaedah untuk meningkat dan menambahbaikan hasil di kedua-dua negeri berkenaan.

Taklimat mengenai penambahbaikan hasil Negeri Kelantan telah di sampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan). Turut hadir di majlis berkenaan ialah YABRs Tuan Haji Ismail bin Samah (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan), Yang Mulia Haji Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar (Ketua Jajahan Kota Bharu), YBrs En. Rosnazli bin Haji Amin (KPSU-Perumahan Pejabat SUK) serta pegawai-pegawai dari Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan berkenaan-

Read 772 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45