Print this page
Rate this item
(0 votes)
Objektif : Menyediakan satu peluang/kemudahan pinjaman kepada ahli SUKAT yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan kegunaan kecemasan.
Kelayakan : Semua ahli SUKAT yang berstatus tetap, kontrak, sambilan dan pinjaman yang sedang berkhidmat di Perbendaharaan Negeri Kelantan
Jumlah Pinjaman : Maksima RM1000.00
Bayaran Proses : RM20.00 (akan dipotong terus dalam jumlah pinjaman)
Bayaran Bulanan : RM100/Sebulan
Kaedah Bayaran : Potongan Gaji. Memo arahan potongan gaji akan dihantar ke Unit Gaji, Bahagian Pentadbiran untuk potongan bulanan.
Kuota Peminjam : Maksima 3 orang dibenarkan sebulan
Ulangan Pinjaman : Pinjaman kedua/seterusnya dibenarkan setelah baki pinjaman pertama telah diselesaikan dan kesemua senarai peminjam yag menunggu sehingga bulan tersebut telah selesai membuat pinjaman.
Peminjam Bertukar : Potongan gaji akan tetap diteruskan sehingga baki selesai dijelaskan.
Peminjam Berhenti/Pencen : Ahli yang masih mempunyai baki pinjaman, potongan gaji berdasarkan mengikut jumlah baki terakhir pinjaman akan dibuat mengikut arahan semasa daripada Bendahari SUKAT.
Kuatkuasa : Serta merta.

Tarikh : 15 Safar 1437H / 26 November 2015.

Read 1628 times Last modified on Isnin, 25 Jun 2018 15:08