Satu lawatan kumpulan personel MySTEP bagi lantikan Projek Kemajuan Kerja-Kerja Awam (PKA) ke JKR Kuari Bukit Buloh telah diadakan pada hari Khamis, 08 Ramadhan 1444H bersamaan 30 Mac 2023. Seramai 45 orang personel MySTEP diberi taklimat berkenaan operasi kuari.
Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2022 telah berlangsung pada 17 Jamadil Akhir 1444H bersamaan 10 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Mesyuarat Penutupan Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 telah diadakan pada 09 Syawal 1443H bersamaan 10 Mei 2022 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
[ Lihat Album Exit Conference ]
Mesyuarat Pra Penutupan Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 telah diadakan pada 11 Ramadhan 1443H bersamaa 13 April 2022 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Haji Norazman bin Abd Ghani di atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mulai 01 Ramadhan 1443H bersamaan 03 April 2022. Seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' atas pelantikan ini. Semoga Perbendaharaan Negeri Kelantan terus cemerlang di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato'.
Terima kasih dan selamat bersara diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, mantan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan di atas sumbangan dan jasa sepanjang perkhidmatan.
Semoga Yang Berbahagia Dato' sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan.
Satu penyampaian sijil penghargaan 100% pembancian e-Census oleh YABrs Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan untuk Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 05 Jamadil Awal 1442H bersamaan 20 Disember 2020.
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Monday, 8 February 2021
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Monday, 8 February 2021
Satu Kursus Awareness Bil 2/2020 - Chart Of Account (COA) telah diadakan pada 06-07 Muharram 1442H bersamaa 25-26 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
Satu Mesyuarat Pre Exit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019 telah diadakan pada 10 Zulkaedah 1441H bersamaa 02 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Monday, 6 July 2020
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Monday, 6 July 2020
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) pada hari Selasa, 22 Rejab 1441H bersamaan 17 Mac 2020 bagi melihat pelaksanaan EKSA di JAHEAIK.
Lawatan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA Perbendaharaan Negeri Kelantan. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Audit Dalam, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Latihan serta beberapa ahli daripada setiap zon iaitu Zon Ringgit, Zon Riyal dan Zon Dinar.
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih meluas kepada ahli-ahli jawatankuasa serta warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengenai EKSA.
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Tuesday, 9 June 2020
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Tuesday, 9 June 2020
Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Go-Live iSPEKS bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 03 Rejab 1441H bersamaan 27 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Saturday, 29 February 2020
Posted by Perbendaharaan Negeri Kelantan on Saturday, 29 February 2020
Mapping Kod Akaun SPEKS kepada iSPEKS bersama pihak Bahagian Khdimat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi pelaksanaan Go-Live Sistem iSPEKS telah diadakan pada 18-19 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 12-13 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu Taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Isnin, 16 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 10 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat disampaikan oleh YBrs. Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan), Puan Noraz Leley binti Muhamad.
Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan gimik Pelancaran Pelaksanaan EKSA Peringkat Perbendaharaan Negeri Kelantan oleh YB Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2019 kepada Pengarah Audit Negara Negeri Kelantan telah berlangsung pada 13 Jamadil Awal 1441H bersamaan 09 Januari 2020 bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan, Wisma Audit, Bandar Baru Tunjong.
[ Lihat Album Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2019 ]