Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2018 oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan kepada YBrs. Ketua Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan pada 09 Jamadil Awal 1440H bersamaan 15 Januari 2019 bertempat di Blik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
[ Lihat Album Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2018 ]
Mesyuarat Halatuju Perancangan Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2019 telah diadakan pada 02 Jamadil Awal 1440H bersamaan 08 Januari 2019 (Selasa) jam 09:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh 31 Ketua-Ketua Jabatan bagi membincangkan tentang prestasi kewangan negeri dan jabatan-jabatan, strategi kawalan perbelanjaan berhemah dan strategi meningkatkan hasil termasuk tunggakan hasil serta sasaran pencapaian Bajet Tahun 2019.
Tahniah Perbendaharaan Negeri Kelantan kerana telah berjaya mendapat penarafan 5 bintang dalam Pengurusan Pentadbiran Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2018. Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri menerima anugerah tersebut di dalam Majlis Amanat Khas YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Sempena Tahun Baharu 2019 & Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan pada 26 Rabiul Akhir 1440H bersamaan 03 Januari 2019 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim.
Satu majlis perpisahan untuk En Mohd Hisyam bin Alias telah diadakan pada 23 Rabiul Akhir 1440H bersamaan 31 Disember 2018. Majlis perpisahan yang disediakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan bagi meraikan perkhidmatan 10 tahun En. Mohd Hisyam bersama Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai Pemandu Kenderaan (Kontrak). Beliau mendapat tawaran jawatan tetap di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Keempat Tahun 2018 telah diadakan pada 04 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 12 Disember 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT). Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada wakil pegawai dan kakitangan yang telah bertukar iaitu, Puan Wan Azila binti Wan Abdullah.
Antara pegawai yang bertukar adalah :
Majlis kemudian memperkenalkan ahli warga Perbendaharaan yang baru, iaitu :
Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:
Majlis diteruskan dengan acara potongan pulut kuning sebagai gimik di atas kesyukuran pengurniaan kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) kepada Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri pada 11 November 2018. Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi.
>
Sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri di atas Pengurniaan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K).
Satu Taklimat Caruman Skim Perlindungan Keselamatan Sosial di bawah PERKESO kepada kakitangan awam Negeri Kelantan yang bertaraf sementara dan kontrak telah diadakan pada 25 Zulhijjah 1439H bersamaan 06 September 2018 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ketiga Tahun 2018 telah diadakan pada 16 Zulhijjah 1439H bersamaan 28 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis telah dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Yang Berhormat Ahmad Robert bin Abd Rahim. Dalam ucapan beliau, YB Ahmad Robert menekankan berkenaan konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) dalam urusan kerja seharian dan juga berpesan agar langkah-langkah penjimatan dilaksanakan.
>
Hari pertama YB Ahmad Robert bin Abd Rahim sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu pada 15 Zulhijjah 1439H bersamaan 27 Ogos 2018.
Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung sempena persaraan YB Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff telah diadakan pada 14 Zulhijjah 1439H bersamaan 26 Ogos 2018 pada jam 08:00 malam bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan serta turut hadir sama keluarga YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.
Pada majlis tersebut, tayangan montaj sepanjang perkhidmatan YB Dato' di Perbendaharaan Negeri Kelantan ditayangkan. Dalam majlis tersebut juga, anugerah warga contoh bagi bulan Julai 2018 telah disampaikan oleh YB Dato' kepada Encik Che Anuar bin Che Hassan, Pemandu Kenderaan. Majlis kemudian diteruskan dengan acara pemotongan kek hari lahir YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.
Di akhir majlis, YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff dan YBhg Datin Hjh Masnah bt Hamid bersalaman serta berpelukan dengan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.
14 Zulhijjah 1439H bersamaan 26 Ogos 2018 merupakan hari terakhir YB Dato Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Pegawai dan kakitangan beratur sepanjang laluan dan bersalaman dengan YB Dato' Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff sempena persaraan YB Dato'.
Bengkel Kemaskini Pendaftaran Jalan-Jalan Negeri MARRIS On-Line Negeri Kelantan Siri 2 telah diadakan pada 02-04 Zulhijjah 1439H bersamaan 14-16 Ogos 2018 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Kumpulan T-Creative dari Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) pada 19 Zulkaedah 1439H bersamaan 01 Ogos 2018 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim sempena Majlis Persada Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Pada 12 Syawal 1439H bersamaan 26 Jun 2018 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idil Fitri 1439H di Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan juadah serta diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.