Pengenalan

Khamis, 18 Mei 2017 12:07

Inovasi & KIK

bocs idea

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan pelbagai inovasi dalam meningkatkan mutu kerja pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Setiap tahun Perbendaharaan Negeri Kelantan menyertai Inovasi ICT yang diketuai dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Disamping itu, pada penghujung tahun 2017, Perbendaharaan Negeri telah berjaya menubuhkan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sendiri. KIK adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui. 

Published in Inovasi & KIK
Khamis, 09 Jun 2016 11:54

Kelab SUKAT

Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (Kelab SUKAT)

TUJUAN PENUBUHAN

Kelab ini ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut :-

  1. Memberi kemudahan bersukan dan kegiatan kebudayaan dan kebajikan kepada semua ahli.
  2. Mengeratkan persahabatan dan perhubungan di antara ahli-ahli dari pelbagai unit di pejabat ini.

KEAHLIAN

Keahlian Kelab SUKAT adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Published in Kelab SUKAT
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Pengenalan

Pejabat Perbendaharaan Negeri merupakan salah sebuah Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri adalah Jabatan yang bertanggungjawab menetapkan dasar dan peraturan kewangan Kerajaan Negeri. Tanggungjawab ini juga termasuk mengawal selia semua Jabatan Negeri dengan memastikan segala terimaan dan bayaran dibuat mengikut peraturan kewangan. Selain itu, Perbendaharaan Negeri juga memantau dan membuat tindakan susulan terhadap Jabatan bagi memastikan rekod hasil, perbelanjaan, akaun amanah dan rekod kewangan lain diselenggarakan dengan lengkap dan teratur.

Pejabat ini mempunyai visi untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang kedudukan kewangannya mantap, kukuh dan mampan. Misinya pula adalah untuk menyediakan bajet berimbang dan memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa berada di tahap yang terkawal yang akan menjadikan Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai jabatan terbaik dari segi tadbir urus kewangan yang kemas, bersistemetik serta telus dengan menitik beratkan kepada Islam sebagai teras utama. 

Dasar kualiti Perbendaharaan Negeri adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kawalan kewangan yang cekap dan berkesan kepada semua pelanggan yang meliputi Jabatan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan orang awam. Pejabat Perbendaharaan Negeri diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai Ex-Officio. Perlantikan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri adalah mengikut Perkara 13 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Pejabat Perbendaharaan Negeri dibahagikan kepada tiga Bahagian utama iaitu

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Perakaunan

Aktiviti utama Bahagian Khidmat Pengurusan ialah menjalankan urusan pentadbiran dan operasi harian jabatan. Tiga unit telah diwujudkan di bawah aktiviti ini iaitu

  • Unit Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Unit Pengurusan Kewangan Dan Pemantauan Audit
  • Unit Komputer

Manakala aktiviti utama Bahagian Pengurusan Kewangan ialah mengawal dan menyelia supaya peraturan kewangan dipatuhi oleh semua Jabatan Negeri serta bertanggungjawab menyedia bajet Kerajaan Negeri. Empat unit utama telah diwujudkan iaitu

  • Unit Hasil
  • Unit Belanjawan Dan Pinjaman
  • Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
  • Unit Analisa Dan Pemantauan Pelaburan

Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Perakaunan pula ialah bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pengiraan dan perakaunan bagi semua urusan kewangan Kerajaan Negeri. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara akaun hasil dan perbelanjaan serta menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri. Di bawah aktiviti ini, tiga unit telah diwujudkan iaitu

  • Unit Perkhidmatan Dan Operasi
  • Unit Akaun
  • Unit Khidmat Perunding SPEKS

Perbendaharaan Negeri Kelantan mengamalkan tiga amalan teras iaitu "Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan" sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran Negeri Kelantan. 

Published in Profil
Tagged under
Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :