Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Isnin, 04 November 2019 14:34

Perutusan YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Ianya terus mendapat perhatian meluas terutamanya di kalangan generasi Z yang lahir dengan teknologi moden seakan-akan menjadi satu kemestian dan keutamaan hidup manusia disebabkan keupayaannya menyebarkan maklumat dengan pantas. Ideologi maklumat di hujung jari pula digunapakai dan dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ke tahap maksima agar hasilnya turut mencapai objektif maksima. Contoh-contoh yang dapat kita lihat pada hari ini menunjukkan perkembangan teknologi sedikit sebanyak turut mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi. Walaupun manusia tidak berhubungan secara  lahiriah  tetapi komunikasi  tetap  akan  berlaku. Selagi  bernyawa  manusia  akan berkomunikasi  tidak  kira  di  mana  sahaja kerana  manusia  tidak  boleh  hidup sendirian.  Daripada bentuk komunikasi bersemuka, kini komunikasi telah berubah kepada komunikasi secara maya dengan menggunakan laman web dan laman sosial tertentu sebagai perantara.

Sejajar dengan perubahan tersebut, laman web ini diwujudkan sebagai saluran rasmi penyampaian maklumat terkini mengenai dasar, pekeliling, penerbitan, produk, perkhidmatan dan aktiviti jabatan termasuk menyediakan capaian ke atas perkhidmatan atas talian secara interaktif mengikut kluster pengguna.

Justeru itu, saya berharap laman web ini dapat menjadi satu landasan terbaik mendapatkan maklumat serta menjadi sumber rujukan kepada pengunjung di mana secara tidak langsung dapat membantu dalam usaha-usaha mempromosikan dan memberi publisiti kepada program-program yang dilakukan oleh jabatan.  Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Unit Teknologi Maklumat dan seluruh semua bahagian Perbendaharaan Negeri Kelantan kerana telah berjaya membangunkan laman web yang berkonsepkan lebih informatif dan interaktif. Adalah diharapkan semoga laman web ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga Perbendaharaan khasnya dan masyarakat amnya, Insya Allah.

Laman web ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa merangkumi kandungan, rekabentuk dan penampilan dalam menyediakan persekitaran maya yang kondusif untuk semua pengunjung. Akhir kata, saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan, aduan dan maklumbalas bagi memantapkan lagi laman web Perbendaharaan Negeri Kelantan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih optimum ke arah menyokong pelaksanaan kerajaan digital menuju Revolusi 4.0.

Selamat melayari Laman Web Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Sekian, terima kasih.

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT”

dato ahmad robert

Dato’ Ahmad Robert bin Abd Rahim D.P.S.K (Kelantan)
Pegawai Kewangan Negeri Kelantan

 

 

 

Published in Profil
Rabu, 20 Jun 2018 14:52

Mantan Pegawai Kewangan Negeri

  21/10/1981 – 30/09/1989 Dato' Haji Nik Ishak Bin Dato'' Haji Nik Daud
  01/10/1989 – 20/11/1992 Dato' Haji Ab Razak Bin Salleh
  21/11/1992 – 03-11-1993 Dato' Haji Ismail Bin Hassan
  04/11/1993 – 10/09/1994 Dato' Haji Wan Hashim Bin Wan Daud
  10/09/1994 – 23/06/2001 Dato' Tg. Shahbuddin Bin Tg. Mohd Maasum
  23/06/2001 – 07/03/2003 Dato' Haji Wan Mohamad Bin Wan Konok
  07/03/2003 – 09/08/2004 Dato' Seri Setia Raja Dato'' Haji Mohd Aiseri Bin Alias
  10/08/2004 – 27/05/2009 Dato' Haji Shkori Bin Mohamad
  28/05/2009 – 31/12/2013 Dato' Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat

 

 

Published in Profil
Khamis, 02 Jun 2016 10:14

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

 tpkn    Nama  Mohammad Yusoff bin Hassan 
Jawatan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri 
No Tel  09-743 6429 
Email  tpkn[at]kelantan[dot]gov[dot]my 
Published in Profil
Tagged under
Sabtu, 27 September 2014 14:01

Alamat Dan Lokasi

Blok 4 Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Tel : 609 748 1957
Faks : 609 748 7113

[widgetkit id=28]

Published in Profil
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Piagam Pelanggan

BIL PIAGAM PELANGGAN TEMPOH MASA
1 Waran Am dan Waran Peruntukan 1 Januari Tahun Semasa
2 Menyedia Penyata Kewangan Tahunan Sebelum 31 Januari Tahun Berikutnya
3 Penyediaan Bajet Negeri Sebelum Sidang Belanjawan Dewan Undangan Negeri
4 Permohonan Pengecualian Kelulusan Berbelanja Tidak Lewat Daripada 14 Hari
5 Mengembalikan Wang Cagaran Dan Pulangan Balik Hasil Tidak Lewat Daripada 14 Hari
6 Permohonan Pendahuluan Diri Tidak Lewat Daripada 7 Hari
7 Permohonan Pembiayaan Kenderaan Dan Komputer Tidak Lewat Daripada 30 Hari (Tertakluk kepada Kuota)
8 Mengeluar Cek Bayaran Tidak Lewat Daripada 7 Hari
9 Pembayaran gaji Berpandukan Kepada Tarikh-Tarikh Yang Ditetapkan Oleh Perbendaharaan Negeri
10 Setiap Pengesahan Penerimaan Aduan Awam dimaklumkan kepada pengadu 1 Hari Bekerja Selepas Aduan Diterima
11 Setiap Aduan Awam akan diberi maklumbalas kepada pengadu mengenai tindakan yang diambil 7 Hari Bekerja Bergantung Kepada Jenis Aduan

 Kemaskini Pada : 08 Rejab 1439H / 26 Mac 2018

Published in Profil
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Bahagian Pengurusan Akaun

PENGENALAN

Bahagian Akaun diketuai oleh Bendahari Negeri, Gred W54. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu

  • Unit Perkhidmatan dan Operasi
  • Unit Akaun
  • Unit Khidmat Perunding SPEKS. 

Unit Bayaran diketuai oleh Penolong Bendahari Negeri, Gred W41. Manakala Unit Akaun dan Unit Khidmat Perunding SPEKS masing-masing diketuai oleh Penolong Akauntan, Gred W36.

Bahagian Akaun menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana berikut :

  1. Menyelenggara Akaun Kerajaan Negeri
  2. Menyedia Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri
  3. Membuat pembayaran Kerajaan Negeri
  4. Membuat pembayaran gaji bulanan pada hari gaji
  5. Mengakaunkan kutipan hasil Kerajaan Negeri
  6. Mengurus aliran wang tunai Kerajaan Negeri
  7. Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan Negeri mengenai tatacara perakaunan Kerajaan Negeri
  8. Mengurus dan memantau pelaksanaan SPEKS di seluruh Jabatan Negeri.

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN AKAUN

Unit Perkhidmatan dan Operasi

  1. Mengurus bayaran gaji berdasarkan jadual yang ditetapkan
  2. Menyemak dan meluluskan baucar bayaran bagi perbelanjaan yang dibuat oleh jabatan-jabatan negeri
  3. Menguruskan agihan cek-cek bayaran kepada penerima bayaran
  4. Memberi khidmat nasihat kepada semua Jabatan Negeri mengenai tatacara bayaran perbelanjaan dan gaji
  5. Mengurus Kaunter

Unit Akaun

  1. Menyelenggara akaun dan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri
  2. Mengawal selia pewujudan dan penyelenggaraan Akaun Amanah, Akaun Deposit dan Panjar Wang Runcit
  3. Mengurus Aliran Wang Tunai dan Simpanan Pelaburan Al-Mudharabah (F.D.) Kerajaan Negeri
  4. Menyemak dan meluluskan penyata pemungut bagi kutipan hasil yang dibuat oleh semua Jabatan Negeri
  5. Menjalankan auditan bagi mempastikan terimaan hasil/ amanah/deposit oleh PTJ mengikut peraturan yang ditetapkan

Unit Khidmat Perunding SPEKS

  1. Menjalankan naziran ke atas Jabatan / PTJ untuk mempastikan Jabatan / PTJ menyediakan dokumen bayaran dan sokongan yang lengkap serta menyimpan fail bayaran dengan sempurna untuk tujuan auditan / rujukan
  2. Mempastikan semua Jabatan / PTJ mematuhi semua prosedur bayaran dibuat secara on-line dan mempercepatkan perlaksanaan SPEKS secara menyeluruh ke semua Jabatan / PTJ
  3. Mempastikan perbelanjaan yang dibuat oleh Jabatan / PTJ diperakaunkan dengan betul dan tepat
  4. Pastikan laporan perbelanjaan dicetak, disemak dan dibuat pelarasan termasuk Penyata Penyesuaian Vot, Amanah, Hasil & Pembangunan dihantar mengikut jadual
  5. Memberi khidmat nasihat dan bantuan sokongan teknikal bagi menjamin kelancaran perlaksanaan sistem SPEKS dan menjalankan latihan.
Published in Profil
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Bahagian Pengurusan Kewangan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Kewangan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N52 yang juga mengetuai Unit Bajet Dan Pinjaman. Bahagian ini terdiri daripada empat
(4) unit iaitu

  • Unit Bajet Dan pinjaman
  • Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
  • Unit Hasil
  • Unit Analisis Dan Pemantauan Pelaburan.

Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N48. Unit Analisis Dan Pemantauan Pelaburan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N48/W48/E48. Manakala Unit Hasil diketuai oleh Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N44.

Bahagian Pengurusan Kewangan menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana berikut 

  1. Merangka anggaran belanjawan hasil dan perbelanjaan tahunan Negeri dan memastikan kawalan belanjawan yang teguh di agensi-agensi Kerajaan Negeri
  2. Mengkaji sumber baru hasil negeri
  3. Mengurus dan menguatkuasa Akta Duti Hiburan 1953
  4. Menyemak dan menimbangkan permohonan Pindah Peruntukan dan Peruntukan Tambahan
  5. Mengesan dan menyelaras kedudukan pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
  6. Mengendali urusan pinjaman kenderaan dan komputer kepada kakitangan awam negeri
  7. Urusan Perolehan Jabatan dan Negeri
  8. Mengurus permohonan pembelian dan pelupusan aset-aset jabatan negeri
  9. Mengurus permohonan pembelian di luar kontrak dan pengecualian tender/sebutharga
  10. Menganalisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN

Unit Bajet Dan Pinjaman

  1. Menyediakan surat pekeliling belanjawan
  2. Membuat pemeriksaan dan memperakukan perbelanjaan-perbelanjaan tahunan mengurus, pembangunan dan hasil agensi-agensi kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Negeri
  3. Mengurus dan menyediakan proses penyediaan belanjawan tahunan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri serta Buku Belanjawan Tahunan
  4. Mengurus tuntutan pemberian-pemberian dan bantuan kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
  5. Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan, pindah peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan menyedia kertas-kertas Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri
  6. Menyelia pengeluaran semua waran
  7. Menyelia dan mengkaji prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi-agensi Kerajaan dengan menyediakan laporan-laporan untuk pertimbangan pihak atasan
  8. Mengkaji, menyelia dan memperakukan permohonan perjawatan dari agensi-agensi serta menganggotai Jawatankuasa naziran Perjawatan Negeri
  9. Menyelia pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan Pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun Negeri
  10. Mengkaji pretasi kewangan Kerajaan
  11. Permohonan Jabatan Negeri mengenai :
    • Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman kenderaaan
    • Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman komputer
    • Pengurusan kelulusan permohonan pendahuluan pelbagai
    • Pengurusan kelulusan permohonan pendahuluan diri
    • Pengurusan kelulusan permohonan di bawah AP 100 (a) dan Akta Acara Kewangan
    • Pengurusan penyeliaan rekod-rekod pinjaman / kenderaan / komputer / pendahuluan diri.

Unit Perolehan Dan Aset

  1. Urusan perolehan Jabatan Negeri / Pelantikan Perunding\r\n
    • Pengurusan kelulusan permohonan perlantikan perunding Jabatan-Jabatan Negeri
    • Pengurusan Kontrak Pusat Negeri
  2. Permohonan Jabatan Negeri mengenai :
    • Pengurusan kelulusan permohonan pelupusan / hapuskira aset alih
    • Pengurusan kelulusan permohonan pembelian luar kontrak
    • Pengurusan kelulusan permohonan pengecualian tender / sebutharga.

Unit Analisis Dan Pemantauan Pelaburan

  1. Merancang, mengawal dan menyelenggarakan urusan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan Kerajaan Negeri
  2. Mengkaji dan memantau pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri serta memberi laporan/ pandangan kepada pihak pengurusan bagi mempertingkatkan lagi ketelusan dan kemantapan pengurusan kewangan perakaunan yang bersangkutan dengan pelaburan
  3. Membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan yang melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri
  4. Menganalisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan untuk dikemukakan bagi pertimbangan Kerajaan Negeri
  5. Memperkemas dan mempertingkatkan lagi kawalan ke atas semua pelaburan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri supaya urusan pemantauan pelaburan dibuat lebih rapi dan tersusun
  6. Urusetia kepada Jawatankuasa Pemantauan Pelaburan Negeri.

Unit Hasil

  1. Menyelaras dan memantau kutipan hasil negeri
  2. Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil negeri
  3. Mencari sumber baru hasil negeri
  4. Menyediakan penyata dan laporan kewangan hasil
Published in Profil
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Bahagian Khidmat Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N44. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga unit utama iaitu

  • Unit Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Unit Pengurusan Kewangan Dan Pemantauan Audit
  • Unit Komputer

Unit Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Gred N32.

Unit Pengurusan Kewangan Dan Pemantauan Audit diketuai oleh Penolong Akauntan Kanan, Gred W32. 

Unit Komputer diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41. 

Bahagian Khidmat Pengurusan menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana berikut :

  1. Mengendali hal ehwal pentadbiran jabatan, mengurus halhal perjawatan dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan
  2. Merancang, melaksana dan mengawal perbelanjaan bajet jabatan selaras dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan kewangan sebagaimana yang telah ditetapkan
  3. Menyelia dan menyelaras teguran-teguran audit Pengurusan Kewangan dan Penyata Kewangan jabatan
  4. Membangun, menyelenggara dan mengemaskini laman web jabatan
  5. Mengurus, menyelenggara pelaksanaan rangkaian modul SPEKS dan memastikan perkakasan sentiasa dalam keadaan optima serta memenuhi keperluan jabatan-jabatan

FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

  1. Pentadbiran
    1. Pengurusan kad pejabat dan kebersihan
    2. Pengurusan surat-menyurat dan sistem fail
    3. Pengurusan penyelenggaraan kenderaan
    4. Pengurusan penerbitan buku laporan
    5. Pengurusan kajian pelaksanaan komputer
    6. Pengurusan pelaksanaan ISO 9002 Jabatan
    7. Pengurusan pelaksanaan ISO 9002
  2. Pengurusan Sumber Manusia
    1. Pengurusan perjawatan
    2. Perkhidmatan dan kenaikan pangkat
    3. Pengurusan penyediaan rekod perkhidmatan dan cuti
    4. Pengurusan proses tindakan tatatertib
    5. Penyediaan kertas-kertas persaraan
    6. Pengurusan penyediaan penyata gaji
    7. Pengurusan penyediaan sokongan kenaikan gaji tahunan anggota jabatan
    8. Pengurusan penyediaan sasaran kerja tahunan dan laporan penilaian prestasi
    9. Pengurusan panel pergerakan gaji dan PPG
    10. Pengurusan pengemaskinian data maklumat HRMIS jabatan
    11. Merangka jadual program latihan/kursus

Unit Pengurusan Kewangan & Pemantauan Audit

  1. Pengurusan Kewangan
    1. Pengurusan penyediaan belanjawan tahunan dan perbelanjaan tambahan jabatan
    2. Pengurusan kawal peruntukan Jabatan
    3. Pengurusan penyeliaan pembelian peralatan dan keperluan jabatan
    4. Urusetia Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Jabatan
    5. Pengurusan penyedaan gaji bulanan anggota jabatan
    6. Pengurusan baucer-baucer pembayaran barangan, bekalan tuntutan perjalanan, elaun lebih masa dan lain-lain
    7. Pengurusan pengeluaran pesanan tempatan dan penyediaan buku vot jabatan
    8. Pengurusan kelulusan pembelian kontrak
    9. Pengurusan bekalan pengecualian
  2. Pemantauan Audit
    1. Pengurusan penyediaan memorandum tahunan laporan Ketua Audit Negara (KAN) dan maklumbalas jabatan-jabatan terhadap laporan Ketua Audit Negara (KAN)

Unit Komputer

  1. Mengurus dan membangun unit ICT Perbendaharaan
  2. Mengurus dan memantau pelaksanaan modul SPEKS
  3. Membangun dan mengemaskini laman web perbendaharaan
  4. Mengurus perisian dan bekalan media
  5. Menyelenggara rangkaian serta perkakasan supaya sentiasa dalam optimum
  6. Merancang dan member latihan modul SPEKS kepada PTJ
Published in Profil
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Fungsi Bahagian

Perbendaharaan Negeri Kelantan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Perakaunan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Fungsi :

Merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pengurusan kewangan serta mengendalikan semua hal ehwal urusan pentadbiran kewangan dengan cekap dan berkesan.

Aktiviti :

  1. Mengendalikan hal ehwal pentadbiran jabatan, mengurus hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan.
  2. Merancang, melaksana, mengawal dan menguatkuasa dasar-dasar dan peraturan-peraturan kewangan.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi sektor awam mengenai pengurusan kewangan.
  4. Menyelia dan menyelaras teguran audit ke atas agensi Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun.
  5. Memastikan kelancaran pengurusan kewangan berkomputer serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN

Fungsi :

Bertanggungjawab merangka dasar dan penyediaan Belanjawan Negeri serta memeriksa dan menganalisa segala rancangan dan program agensi-agensi Kerajaan bagi menentukan bahawa sumber-sumber kewangan Negeri adalah diuntukkan serta diagihkan dengan cekap dan berkesan.

Aktiviti :

  1. Merangka anggaran belanjawan hasil dan perbelanjaan tahunan negeri dan memastikan kawalan belanjawan yang teguh wujud di agensi-agensi Kerajaan Negeri.
  2. Menguruskan dan menguatkuasakan Akta Duti Hiburan.
  3. Menyemak dan menimbangkan permohonan-permohonan kelulusan Perbendaharaan Negeri menurut kehendak-kehendak Arahan Perbendaharaan dan Laporan Kehilangan Wang dan Harta Benda Negeri.
  4. Mengesan dan menyelaras kedudukan pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun.
  5. Menguruskan pembelian dan pelupusan Harta Modal.
  6. Mengendalikan urusan pinjaman, samada pinjaman kenderaan mahupun pinjaman komputer
  7. Mengendalikan urusan pinjaman daripada persekutuan dan pinjaman kepada agensi-agensi negeri.
  8. Memantau pelaburan, prestasi perbelanjaan, kecekapan pengurusan kewangan serta penggunaan dan penguatkuasaan pekeliling Kerajaan.

BAHAGIAN PENGURUSAN PERAKAUNAN

Fungsi :

Menentukan dan melaksanakan sistem perakaunan Kerajaan Negeri seperti yang sepatutnya diwujudkan serta memastikan bahawa semua kawalan dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa oleh semua Jabatan Negeri.

Aktiviti :

  1. Memberi perkhidmatan perakaunan yang lengkap bagi semua urusan kewangan Kerajaan Negeri.
  2. Menyimpan dan menyelenggara akaun hasil dan perbelanjaan semua Jabatan Kerajaan Negeri.
  3. Menyedia Penyata Kewangan Tahunan Negeri untuk dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri.
  4. Menyemak baucer-baucer untuk pembayaran.
  5. Menyelenggara Akaun-akaun Subsidiari dan Akaun Antara Pentadbiran, memproses baucer-baucer jurnal dan menyediakan Penyata Penyesuian Bank.
  6. Menerima, memproses, menyemak dan meluluskan pembayaran baucer-baucer gaji anggota Kerajaan Negeri pada setiap bulan mengikut jadual
Published in Profil
Tagged under
Halaman 1 dari 2
Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :