Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
E-Penyertaan

E-Penyertaan (6)

Rabu, 08 Jun 2016 09:51

Polisi e-Penyertaan

Written by

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Perbendaharaan Negeri Kelantan sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh yang demikian, Perbendaharaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Saluran Komunikasi : 

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.