Print this page
Rabu, 02 Mei 2018 16:02

Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Kali Ke-2 Tahun 2018

Rate this item
(0 votes)

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Kedua Tahun 2018 telah diadakan pada 16 Syaaban 1439H bersamaan 02 Mei 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT). Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada wakil kakitangan yang telah bersara iaitu, Puan Nik Haizam binti Nik Abdul Kadir.

Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri memulakan amanat di dalam majlis ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa sempena menjelangnya bulan Ramadhan dan meminta agar pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang jatuh pada 09 Mei nanti. Yang Berhormat Dato' juga mengucapkan tahniah di atas pencapaian cemerlang kakitangan di dalam menghadapi Panel Naziran baru-baru ini dan berharap pencapaian ini dapat diteruskan oleh pasukan Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) jabatan. Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato' berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat hadir ke Hari Keluarga yang akan diadakan nanti.  

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan Januari 2018 - Cik Narina binti Othman, Penolong Akauntan Kanan dari Unit Akaun
  2. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan Februari 2018 - Encik Nasaruddin bin Mohamad, Pembantu Tadbir (Kew) dari Unit Pinjaman
  3. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan Mac 2018 - Puan Ruslina binti Ibrahim, Pembantu Akauntan dari Unit Akaun
  4. Penyampaian Cenderahati kepada Kakitangan yang bersara
    1. Puan Nik Haizam binti Nik Abdul Kadir, bersara wajib pada 10 Februari 2018
    2. Tuan Haji Mohd Shukri bin Salleh, bersara wajib pada 21 Mac 2018
    3. Puan Hajah Siti Fatimah Tiu binti Abdullah, bersara wajib pada 16 April 2018
  5. Penyampaian Insentif Pernghargaan bagi pencapaian 100% (5 Bintang) KPI HRMIS Perbendaharaan Negeri Kelantan Tahun 2016 & 2017
    1. Datin Nurul Atfi Aisyah binti Mansor
    2. Puan Halimatun Adilah binti Muhammad
  6. Penyampaian Sijil Simpanan Premium Tahun 2018 kepada pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.

Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi serta jamuan makan tengah hari di Restoran Kengsom, Kota Bharu.

 

perhimpunanperhimpunan perhimpunan

[ Album Perhimpunan Warga ]

Read 2019 times Last modified on Rabu, 02 Mei 2018 16:44

Related items