Rabu, 10 Jun 2020 08:34

Lawatan Penanda Aras EKSA

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) pada hari Selasa, 22 Rejab 1441H bersamaan 17 Mac 2020 bagi melihat pelaksanaan EKSA di JAHEAIK.

Lawatan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA Perbendaharaan Negeri Kelantan. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Audit Dalam, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Latihan serta beberapa ahli daripada setiap zon iaitu Zon Ringgit, Zon Riyal dan Zon Dinar.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih meluas kepada ahli-ahli jawatankuasa serta warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengenai EKSA. 

lawatan eksa
lawatan eksa
lawatan eksa

[ Lihat Album Lawatan EKSA ]

Published in Buletin
Tagged under

Pada 01 Syaaban 1440H bersamaan 07 April 2019, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima dan megalu-alukan rombongan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat Lawatan Penanda Aras Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Aras 1, MABNA MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim. Dalam taklimat itu, perbincangan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak berjalan dengan jayanya.

Lawatan Pahang
Lawatan Pahang
Lawatan Pahang

 

[ Lihat Album Lawatan Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang ]

Published in Buletin
Tagged under
Isnin, 11 Mac 2019 08:58

Lawatan PTN Lantikan Baharu 2019

Pada 03 Rejab 1440H bersamaan 10 Mac 2019, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima lawatan daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Lantikan Baharu Tahun 2019 bersama-sama pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kelantan. Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai "Special Job Assignment" telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

 

Lawatan PTN
Lawatan PTN
Lawatan PTN

 

[ Lihat Album Lawatan PTN Baharu 2019 ]

Published in Buletin
Tagged under
Selasa, 14 November 2017 08:44

Keberangkatan YMM Pemangku Raja Kelantan Ke PKN

Pada 19 Safar 1439H bersamaan 08 November 2017, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mencemar duli untuk mendengar Taklimat Bajet Negeri Kelantan Tahun 2018 yang disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff. Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji MOhd Faudzi bin Haji Che Mamat.

Keberangkatan YMM Pemangku RajaKeberangkatan YMM Pemangku Raja Keberangkatan YMM Pemangku Raja

[ Keberangkatan YMM Pemangku Raja Kelantan Ke PKN ]

Tagged under
Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :