Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Displaying items by tag: Berita PKN

Khamis, 05 September 2019 09:01

Ceramah Agama Maal Hijrah 1441H

Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu ceramah agama sempena sambutan Maal Hijrah 1441H kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan hari Rabu, 4 Muharram 1441H bersamaan 4 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah yang bertajuk "Hijrah, Ke Mana Ku Bawa Diriku"telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail.

ceramah agama
ceramah agama
ceramah agama

[ Lihat Album Ceramah Maal Hijrah 1441H ]

Published in SUKAT
Khamis, 08 Ogos 2019 08:51

Taklimat EKSA

Satu Taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Rabu, 6 Zulhijjah 1440H bersamaan 7 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

taklimat eksa
taklimat eksa
taklimat eksa

[ Lihat Album Taklimat EKSA ]

Published in Buletin
Tagged under
Ahad, 30 Jun 2019 08:26

Taklimat Awareness iSPEKS

Satu Taklimat Awareness iSPEKS kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Khamis, 23 Syawal 1440H bersamaan 27 Jun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Bendahari, Puan Norazlina Binti Zakaria.

taklimat ispeks
taklimat ispeks
taklimat ispeks

[ Lihat Album Taklimat Awareness iSPEKS ]

Published in Buletin
Tagged under

Suatu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berlangsung pada 19 Syawal 1440H bersamaan 23 Jun 2019 bertempat di ruang legar tingkat bawah Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim di antara Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bersama warga Kompleks Kota Darulnaim dan ramah mesra serta bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri disamping menikmati jamuan pelbagai juadah yang disediakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan ketua-ketua jabatan/agensi negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan turut mengadakan acara penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak istimewa dari Rumah Kanak-Kanak Mini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT).

majlis hari raya
majlis hari raya
majlis hari raya

[ Lihat Album Majlis Hari Raya ]

Published in Buletin
Isnin, 17 Jun 2019 15:39

Taklimat Peruntukan Jalan MARRIS

Satu Taklimat Peruntukan Jalan MARRIS dan Peruntukan Di Bawah Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengankutan dan Utiliti Negeri Kelantan telah diadakan pada 12 Syawal 1440H bersamaan 16 Jun 2019 jam 08:30 pagi di Bilik Gerakan Negeri, MABNA-MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim.

taklimat marris
taklimat marris
taklimat marris

[ Lihat Album Taklimat MARRIS ]

Published in Buletin
Tagged under
Isnin, 27 Mei 2019 14:33

Taklimat Pelaksanaan SST

Satu Taklimat Pelaksanaan Cukai Jualan SST Berkaitan Panduan Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Perintah Cukai Jualan 2018 (Jadual A) kepada semua jabatan Kerajaan Negeri telah diadakan pada 22 Ramadhan 1440H bersamaan 27 Mei 2019 jam 09:00 pagi di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Koh Joo Kai, Ketua Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi, Konsultasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.

taklimat sst
taklimat sst
taklimat sst

Slaid taklimat SST boleh dimuat turun di http://www.pkn.kelantan.gov.my/index.php/sumber/galeri/muat-turun/sst/279-taklimat-sst-20190527

[ Lihat Album Taklimat SST ]

Published in Buletin
Tagged under
Isnin, 06 Mei 2019 10:14

KPI HRMIS 100% Tahun 2017 & 2018

Tahniah Perbendaharaan Negeri Kelantan kerana telah berjaya memperoleh Sijil Pengiktirafan 5 Bintang (100%) KPI HRMIS Tahun 2017 dan 2018 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada YBrs. Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mewakili Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan pada 29 Syaaban 1440H bersamaan 05 Mei 2019 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim.

penyampaian sijil kpi hrmis

 

Published in Buletin
Tagged under

Pada 01 Syaaban 1440H bersamaan 07 April 2019, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima dan megalu-alukan rombongan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat Lawatan Penanda Aras Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Aras 1, MABNA MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim. Dalam taklimat itu, perbincangan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak berjalan dengan jayanya.

Lawatan Pahang
Lawatan Pahang
Lawatan Pahang

 

[ Lihat Album Lawatan Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang ]

Published in Buletin
Tagged under
Isnin, 11 Mac 2019 08:58

Lawatan PTN Lantikan Baharu 2019

Pada 03 Rejab 1440H bersamaan 10 Mac 2019, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima lawatan daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Lantikan Baharu Tahun 2019 bersama-sama pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kelantan. Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai "Special Job Assignment" telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

 

Lawatan PTN
Lawatan PTN
Lawatan PTN

 

[ Lihat Album Lawatan PTN Baharu 2019 ]

Published in Buletin
Tagged under

Satu kursus dalaman mengenai Tatacara Penyediaan Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Elaun Perjalanan telah diadakan pada 24 Jamadil Awal 1440H bersamaan 30 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus dalaman ini telah disampaikan oleh YBrs En Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan kepada 40 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri bagaimana untuk menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan elaun perjalanan dengan betul sebagaimana peraturan yang telah ditetapkan.

Kursus Dalaman
Kursus Dalaman
Kursus Dalaman

 

[ Lihat Album Kursus Tatacara Penyediaan Tuntutan Elaun Lebih Masa & Elaun Perjalanan ]

Published in Buletin
Tagged under
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.