SUKAT

SUKAT (5)

Khamis, 05 September 2019 09:01

Ceramah Agama Maal Hijrah 1441H

Written by

Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu ceramah agama sempena sambutan Maal Hijrah 1441H kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan hari Rabu, 4 Muharram 1441H bersamaan 4 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah yang bertajuk "Hijrah, Ke Mana Ku Bawa Diriku"telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail.

ceramah agama
ceramah agama
ceramah agama

[ Lihat Album Ceramah Maal Hijrah 1441H ]

Satu program hari keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 19-21 Julai 2018 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Program hari keluarga yang diadakan sekali setiap dua tahun ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) bertemakan "Jom Santai Sama-Sama". Pelbagai acara sukaneka dan aktiviti diadakan dan mendapat sambutan yang meriah dari kalangan ahli SUKAT dan keluarga. Dalam Majlis Makan Malam, selain daripada persembahan video montaj dan persembahan setiap zon, pelbagai anugerah dan cabutan bertuah diberikan. Berikut adalah anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut:

  1. Anugerah Warga Contoh Bulan April 2018 : Che Sarisah Bt Mohamad Salji
  2. Anugerah Warga Contoh Bulan Mei 2018 : Zulhilmi B Zaidi
  3. Anugerah Warga Contoh Bulan Jun 2018 : Rosma Rahim B Noh
  4. Penampilan Terbaik Majlis Hari Raya 2018 (Lelaki) : Ahmad Aisamuddean B Mohd Shukri
  5. Penampilan Terbaik Majlis Hari Raya 2018 (Wanita) : Aidora Bt Daud
  6. Pertandingan Bowling Tertutup (Tempat Ketiga) : Wan Muhammad Hafiz B Wan Muhammad Sharif
  7. Pertandingan Bowling Tertutup (Naib Johan) : Rosma Rahim B Noh & Che Sarisah Bt Mohamad Salji
  8. Pertandingan Bowling Tertutup (Johan) : Wan Nazir B Wan Jaafar
  9. Anugerah Paling Lucu : Zulhilmi B Zaidi
  10. Anugerah Paling Mudoh Baso : Mohd Hisyam B Alias
  11. Anugerah Paling Kalut : YM Tengku Zarimah Bt Tengku Mohd Ariffin
  12. Anugerah Paling Juruh : Hasin B Mamat
  13. Anugerah Paling Popular (Lelaki) : Al-Hafiz B Pambi
  14. Anugerah Paling Popular (Wanita) : Siti Nor Zuhairah Bt Nazri
  15. Anugerah Pasangan Paling Romantik : Arshad B Hussain & isteri

 

Hari Keluarga 2018 Hari Keluarga 2018 Hari Keluarga 2018

[ Lihat Video Montaj Hari Keluarga 2018 ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Pendaftaran ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Sukaneka ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Makan Malam ]

Seminar Pelaburan "Kepentingan Pelaburan Emas" telah diadakan pada 10 Syaaban 1439H bersamaan 26 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Seminar Pelaburan Seminar Pelaburan Seminar Pelaburan

[ Lihat Album Seminar Pelaburan ]

 

Isnin, 23 April 2018 15:14

Seminar Pelaburan

Written by

Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) Akan mengadakan Seminar Pelaburan "Kepentingan Simpanan Emas" pada 10 Syaaban 1439H bersamaan 26 April 2018 jam 10 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua pegawai dan kakitangan dijemput hadir.

seminar pelaburan

Ahad, 21 Januari 2018 14:28

Program Ziarah Kelab SUKAT

Written by

Program ziarah Kelab SUKAT pada 01 Jamadil Awal 1439H bersamaan 18 Januari 2018

  1. Ke rumah Puan Mahfuzah bt Wan Saleh di Kg. Kubang Kacang sempena kelahiran cahaya mata yang pertama.
  2. Ke rumah Encik Wan Muhamad Hafiz bin Wan Mohamed Sharif di Wakaf Che Yeh sempena kelahiran cahaya mata yang kedua.
  3. Ke rumah Encik Iznan bin Ismail yang menjalani pembedahan bagi rawatan Slipped Disc.

20180118 ziarah mahfuzah 20180118 ziarah wan mohd hafiz 20180118 ziarah iznan

Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :