Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Buletin

Buletin (57)

Rabu, 16 Januari 2019 08:25

Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2018

Written by

Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2018 oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan kepada YBrs. Ketua Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan pada 09 Jamadil Awal 1440H bersamaan 15 Januari 2019 bertempat di Blik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Penyerahan Penyata Kewangan
Penyerahan Penyata Kewangan
Penyerahan Penyata Kewangan

[ Lihat Album Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2018 ]

Ahad, 13 Januari 2019 14:36

Mesyuarat Halatuju Perancangan Kewangan

Written by

Mesyuarat Halatuju Perancangan Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2019 telah diadakan pada 02 Jamadil Awal 1440H bersamaan 08 Januari 2019 (Selasa) jam 09:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh 31 Ketua-Ketua Jabatan bagi membincangkan tentang prestasi kewangan negeri dan jabatan-jabatan, strategi kawalan perbelanjaan berhemah dan strategi meningkatkan hasil termasuk tunggakan hasil serta sasaran pencapaian Bajet Tahun 2019.

Mesy Halatuju
Mesy Halatuju
Mesy Halatuju

[ Lihat Album Mesyuarat Halatuju ]

Tahniah Perbendaharaan Negeri Kelantan kerana telah berjaya mendapat penarafan 5 bintang dalam Pengurusan Pentadbiran Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2018. Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri menerima anugerah tersebut di dalam Majlis Amanat Khas YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Sempena Tahun Baharu 2019 & Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan pada 26 Rabiul Akhir 1440H bersamaan 03 Januari 2019 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim.

20190103 ai2018

[ Album Majlis Amanat Khas ]

Khamis, 03 Januari 2019 08:25

Majlis Perpisahan En. Mohd Hisyam

Written by

Satu majlis perpisahan untuk En Mohd Hisyam bin Alias telah diadakan pada 23 Rabiul Akhir 1440H bersamaan 31 Disember 2018. Majlis perpisahan yang disediakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan bagi meraikan perkhidmatan 10 tahun En. Mohd Hisyam bersama Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai Pemandu Kenderaan (Kontrak). Beliau mendapat tawaran jawatan tetap di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

20181231 majlis perpisahan hisyam 

[ Album Majlis Perpisahan En Mohd Hisyam ]

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Keempat Tahun 2018 telah diadakan pada 04 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 12 Disember 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT). Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada wakil pegawai dan kakitangan yang telah bertukar iaitu, Puan Wan Azila binti Wan Abdullah. 

Antara pegawai yang bertukar adalah : 

  1. Puan Wan Azila binti Wan Abdullah yang telah bertukar ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas sebagai Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran) pada 18 September 2018
  2. Puan Azila binti Abdullah, Penolong Akauntan yang telah bertukar ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu pada 02 Disember 2018

Majlis kemudian memperkenalkan ahli warga Perbendaharaan yang baru, iaitu :

  1. Encik Muhammad Firdaus bin Muhammad Zahili, Pembantu Tadbir Kewangan (lantikan baharu) yang ditempatkan di Unit Pengurusan Kewangan & Pemantauan Audit mulai pada 01 November 2018
  2. Encik Muhamad Noorhilmey bin Zakaria, Pembantu Tadbir Kewangan (lantikan baharu) yang ditempatkan di Unit Akaun mulai 01 November 2018
  3. Puan Wan Saibah binti Wan Daud, Penolong Akauntan yang baru bertukar dan ditempatkan di Unit Hasil dan Pemantauan Pelaburan mulai 02 Disember 2018

Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan Ogos 2018 - Puan Halimatun Adilah binti Muhamad (Unit Pentadbiran)
  2. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan September 2018 - Encik Arshad bin Hussain (Unit Akaun)
  3. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan Oktober 2018 - Puan Hajah Zuraidah binti Che Hassan (Unit Perolehan & Aset)
  4. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Bulan November 2018 - Puan Adira Aini binti Yusoff (Unit Bajet & Pinjaman)
  5. Penyampaian Cenderahati kepada Kakitangan yang bertukar
    1. Puan Wan Azila binti Wan Abdullah
    2. Puan Azila binti Abdullah
  6. Penyampaian Insentif Pernghargaan bagi :
    1. Pencapaian Tempat Kedua Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018
    2. Penyertaan Majlis Persada Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 kepada Kumpulan KIK Perbendaharaan Negeri Kelantan (T-Creative)
  7. Penyampaian Saguhati bagi penyertaan Pertandingan Mencipta Logo Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan
  8. Penyampaian Sijil Simpanan Premium Tahun 2018 kepada pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan April - Disember.

Majlis diteruskan dengan acara potongan pulut kuning sebagai gimik di atas kesyukuran pengurniaan kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) kepada Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri pada 11 November 2018. Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi.

 

perhimpunanperhimpunan perhimpunan

[ Album Perhimpunan Warga ]

Selasa, 13 November 2018 08:45

Sekalung Tahniah Buat YB Dato PKN

Written by

Sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri di atas Pengurniaan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K).

 

Isnin, 10 September 2018 15:27

Taklimat PERKESO

Written by

Satu Taklimat Caruman Skim Perlindungan Keselamatan Sosial di bawah PERKESO kepada kakitangan awam Negeri Kelantan yang bertaraf sementara dan kontrak telah diadakan pada 25 Zulhijjah 1439H bersamaan 06 September 2018 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.

perkeso perkeso perkeso

[ Album Taklimat Perkeso ]

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ketiga Tahun 2018 telah diadakan pada 16 Zulhijjah 1439H bersamaan 28 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis telah dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Yang Berhormat Ahmad Robert bin Abd Rahim. Dalam ucapan beliau, YB Ahmad Robert menekankan berkenaan konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) dalam urusan kerja seharian dan juga berpesan agar langkah-langkah penjimatan dilaksanakan.

perhimpunanperhimpunan perhimpunan

[ Album Perhimpunan Warga ]

Khamis, 30 Ogos 2018 15:39

Hari Pertama PKN Baharu

Written by

Hari pertama YB Ahmad Robert bin Abd Rahim sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu pada 15 Zulhijjah 1439H bersamaan 27 Ogos 2018.

pkn baru pkn baru pkn baru

[ Lihat Album Hari Pertama PKN Baharu ]

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung sempena persaraan YB Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff telah diadakan pada 14 Zulhijjah 1439H bersamaan 26 Ogos 2018 pada jam 08:00 malam bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan serta turut hadir sama keluarga YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.

Pada majlis tersebut, tayangan montaj sepanjang perkhidmatan YB Dato' di Perbendaharaan Negeri Kelantan ditayangkan. Dalam majlis tersebut juga, anugerah warga contoh bagi bulan Julai 2018 telah disampaikan oleh YB Dato' kepada Encik Che Anuar bin Che Hassan, Pemandu Kenderaan. Majlis kemudian diteruskan dengan acara pemotongan kek hari lahir YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff. 

Di akhir majlis, YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff dan YBhg Datin Hjh Masnah bt Hamid bersalaman serta berpelukan dengan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

dato bersara dato bersara dato bersara

[ Lihat Album Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung ]

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.