Satu Sesi Libat Urus Berhubung Tatacara Perolehan Kerajaan Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Negeri Dan Badan Berkanun Negeri telah diadakan pada hari Khamis, 15 Rabiul Akhir 1441H bersamaan 12 Disember 2019 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan Malaysia ini diadakan bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai skop kaedah pelaksanaan perolehan di Negeri Kelantan. Turut hadir dalam sesi libat urus ini adalah YBhg. Datin Nik Roslini binti Raja Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.
[ Lihat Album Sesi Libat Urus ] [ Muat Turun Slaid Pembentangan ]
Satu Taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Rabu, 6 Zulhijjah 1440H bersamaan 7 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu Taklimat Awareness iSPEKS kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Khamis, 23 Syawal 1440H bersamaan 27 Jun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Bendahari, Puan Norazlina Binti Zakaria.
Suatu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berlangsung pada 19 Syawal 1440H bersamaan 23 Jun 2019 bertempat di ruang legar tingkat bawah Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim di antara Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bersama warga Kompleks Kota Darulnaim dan ramah mesra serta bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri disamping menikmati jamuan pelbagai juadah yang disediakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan ketua-ketua jabatan/agensi negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan turut mengadakan acara penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak istimewa dari Rumah Kanak-Kanak Mini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT).
Satu Taklimat Peruntukan Jalan MARRIS dan Peruntukan Di Bawah Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengankutan dan Utiliti Negeri Kelantan telah diadakan pada 12 Syawal 1440H bersamaan 16 Jun 2019 jam 08:30 pagi di Bilik Gerakan Negeri, MABNA-MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim.
Satu Taklimat Pelaksanaan Cukai Jualan SST Berkaitan Panduan Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Perintah Cukai Jualan 2018 (Jadual A) kepada semua jabatan Kerajaan Negeri telah diadakan pada 22 Ramadhan 1440H bersamaan 27 Mei 2019 jam 09:00 pagi di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Koh Joo Kai, Ketua Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi, Konsultasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.
Slaid taklimat SST boleh dimuat turun di http://www.pkn.kelantan.gov.my/index.php/sumber/galeri/muat-turun/sst/279-taklimat-sst-20190527
Tahniah Perbendaharaan Negeri Kelantan kerana telah berjaya memperoleh Sijil Pengiktirafan 5 Bintang (100%) KPI HRMIS Tahun 2017 dan 2018 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada YBrs. Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mewakili Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan pada 29 Syaaban 1440H bersamaan 05 Mei 2019 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim.
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyertai aktiviti membaca selama 10 minit di bawah Program Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan pada 17 Syaaban 1440H bersamaan 23 April 2019 pada jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat PKN, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Satu Pre Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2018 telah diadakan pada 12 Syaaban 1440H bersamaan 18 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Pada 01 Syaaban 1440H bersamaan 07 April 2019, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima dan megalu-alukan rombongan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat Lawatan Penanda Aras Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Aras 1, MABNA MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim. Dalam taklimat itu, perbincangan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak berjalan dengan jayanya.
[ Lihat Album Lawatan Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang ]
Pada 03 Rejab 1440H bersamaan 10 Mac 2019, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima lawatan daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Lantikan Baharu Tahun 2019 bersama-sama pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kelantan. Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai "Special Job Assignment" telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu kursus dalaman mengenai Tatacara Penyediaan Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Elaun Perjalanan telah diadakan pada 24 Jamadil Awal 1440H bersamaan 30 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus dalaman ini telah disampaikan oleh YBrs En Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan kepada 40 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri bagaimana untuk menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan elaun perjalanan dengan betul sebagaimana peraturan yang telah ditetapkan.
[ Lihat Album Kursus Tatacara Penyediaan Tuntutan Elaun Lebih Masa & Elaun Perjalanan ]
Pengarah Audit Negeri Kelantan, Encik Azman bin Mahmood dan beberapa pegawai daripada Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan pada 11 Jamadil Awal 1440H bersamaan 17 Januari 2019.
[ Lihat Album Kunjungan Hormat Pengarah Audit Negeri Kelantan ]
Satu taklimat Tatacara Panjar Khas Kifaalah telah diadakan pada 10 Jamadil Awal 1440H bersamaan 16 Januari 2019 bertempat di Blik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
[ Lihat Album Taklimat Tatacara Panjar Khas Kifaalah ] | [ Muat Turun Tatacara Panjar Khas Kifaalah ]