Satu penyampaian sijil penghargaan 100% pembancian e-Census oleh YABrs Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan untuk Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 05 Jamadil Awal 1442H bersamaan 20 Disember 2020.
Satu Kursus Awareness Bil 2/2020 - Chart Of Account (COA) telah diadakan pada 06-07 Muharram 1442H bersamaa 25-26 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
Satu Mesyuarat Pre Exit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019 telah diadakan pada 10 Zulkaedah 1441H bersamaa 02 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) pada hari Selasa, 22 Rejab 1441H bersamaan 17 Mac 2020 bagi melihat pelaksanaan EKSA di JAHEAIK.
Lawatan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA Perbendaharaan Negeri Kelantan. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Audit Dalam, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Latihan serta beberapa ahli daripada setiap zon iaitu Zon Ringgit, Zon Riyal dan Zon Dinar.
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih meluas kepada ahli-ahli jawatankuasa serta warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengenai EKSA.
Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Go-Live iSPEKS bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 03 Rejab 1441H bersamaan 27 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Mapping Kod Akaun SPEKS kepada iSPEKS bersama pihak Bahagian Khdimat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi pelaksanaan Go-Live Sistem iSPEKS telah diadakan pada 18-19 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 12-13 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu Taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Isnin, 16 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 10 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat disampaikan oleh YBrs. Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan), Puan Noraz Leley binti Muhamad.
Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan gimik Pelancaran Pelaksanaan EKSA Peringkat Perbendaharaan Negeri Kelantan oleh YB Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2019 kepada Pengarah Audit Negara Negeri Kelantan telah berlangsung pada 13 Jamadil Awal 1441H bersamaan 09 Januari 2020 bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan, Wisma Audit, Bandar Baru Tunjong.
[ Lihat Album Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2019 ]
Satu Sesi Libat Urus Berhubung Tatacara Perolehan Kerajaan Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Negeri Dan Badan Berkanun Negeri telah diadakan pada hari Khamis, 15 Rabiul Akhir 1441H bersamaan 12 Disember 2019 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan Malaysia ini diadakan bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai skop kaedah pelaksanaan perolehan di Negeri Kelantan. Turut hadir dalam sesi libat urus ini adalah YBhg. Datin Nik Roslini binti Raja Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.
[ Lihat Album Sesi Libat Urus ] [ Muat Turun Slaid Pembentangan ]
Satu Taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Rabu, 6 Zulhijjah 1440H bersamaan 7 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu Taklimat Awareness iSPEKS kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Khamis, 23 Syawal 1440H bersamaan 27 Jun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Bendahari, Puan Norazlina Binti Zakaria.
Suatu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berlangsung pada 19 Syawal 1440H bersamaan 23 Jun 2019 bertempat di ruang legar tingkat bawah Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim di antara Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bersama warga Kompleks Kota Darulnaim dan ramah mesra serta bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri disamping menikmati jamuan pelbagai juadah yang disediakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan ketua-ketua jabatan/agensi negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan turut mengadakan acara penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak istimewa dari Rumah Kanak-Kanak Mini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT).
Satu Taklimat Peruntukan Jalan MARRIS dan Peruntukan Di Bawah Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengankutan dan Utiliti Negeri Kelantan telah diadakan pada 12 Syawal 1440H bersamaan 16 Jun 2019 jam 08:30 pagi di Bilik Gerakan Negeri, MABNA-MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim.
Satu Taklimat Pelaksanaan Cukai Jualan SST Berkaitan Panduan Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Perintah Cukai Jualan 2018 (Jadual A) kepada semua jabatan Kerajaan Negeri telah diadakan pada 22 Ramadhan 1440H bersamaan 27 Mei 2019 jam 09:00 pagi di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Koh Joo Kai, Ketua Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi, Konsultasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.
Slaid taklimat SST boleh dimuat turun di http://www.pkn.kelantan.gov.my/index.php/sumber/galeri/muat-turun/sst/279-taklimat-sst-20190527