Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
FAQs - All FAQs

Semasa menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit jika berlaku perbezaan di antara baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri ianya perlu dilakukan mengikut format-format sebagaimana berikut:

Campur:

  1. Terimaan diambil kira (kredit) dalam rekod Bendahari Negeri, tetapi belum diambilkira dalam rekod jabatan (SENARAI 'A').
  2. Bayaran telah diambil kira dalam rekod jabatan tetapi belum dalam rekod Bendahari Negeri (SENARAI 'B').

Tolak:

  1. Bayaran telah ditolak (Debit) dalam rekod Bendahari Negeri tetapi belum diambilkira dalam rekod jabatan (SENARAI 'C').
  2. Terimaan telah diambilkira dalam rekod jabatan tetapi belum diambilkira oleh Bendahari Negeri (SENARAI 'D').

Campur/Tolak:

  1. Lain-lain pelarasan Debit/Kredit (perbezaan yang tidak dapat dikesan oleh jabatan melalui terimaan atau bayaran ( SENARAI 'E').

Semasa menyediakan penyata penyesuaian di mana baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri berbeza disebabkan kerana baki tahun lepas belum diambilkira dalam laporan L400 dan L405.

  1. Untuk mendapatkan baki mengikut rekod jabatan di mana baki tahun lepas hendaklah dicampurkan dengan urusniaga semasa.
  2. Senarai 'E' perlu dilampirkan untuk memasukkan jumlah tahun lepas yang belum diambilkira oleh Bendahari Negeri dan jumlah tersebut perlu ditolak dengan baki jabatan untuk mendapatkan baki mengikut rekod Bendahari Negeri.

Untuk mendapatkan balik wang deposit atau wang tahanan (bond pelaksanaan) di mana individu atau kontraktor perlu menghantar balik resit yang diberi semasa bayaran dibuat atau memberi nombor baucer di mana wang tahanan ditolak semasa bayaran dilakukan.

Alamat : Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon : 609 - 748 1957
Faksimili: 609 - 748 7113
Laman web : www.pkn.kelantan.gov.my
Emel : treasury@kelantan.gov.my

  1. Jabatan tuan hendaklah mendapatkan satu salinan "makluman kredit" daripada pihak bank yang membu yang membuktikan bayaran tersebut telah dimasukkan ke akaun.
  2. Membuat Resit dan Penyata Pemungut dan memasukkan kod hasil yang sepatutnya.
  3. Penyata Pemungut tersebut tidak perlu dihantar ke bank.
  4. Kembarkan satu salinan "makluman kredit" yang diterima dari bank pada setiap Penyata Pemungut untuk semakan Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Audit.
  5. Resit asal hendaklah dihantar kepada Pejabat Pembayar sebagai bukti penerimaan bayaran tersebut.
  1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
  2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
  3. Pilih pelayar (‘browser’) yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer, Opera, Safari, Web Mobile, dll.).
  4. Layari laman web menggunakan ‘browser’ dengan menaip http://www.pkn.kelantan.gov.my dan klik OK/Enter/Submit.
  5. Website akan bertukar secara automatik ke paparan bersaiz mobile.

Pihak Teknologi Maklumat Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menbangunkan satu sistem hebahan mengenai bayaran melalui sistem pesanan ringkas kepada kakitangan kerajaan negeri dan juga pembekal-pembekal. Untuk menyenangkan pemberitahuan bayaran anda bagi kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan sila kemas kini maklumat peribadi dan nombor telefon anda di pejabat masing-masing di bahagian kewangan. Untuk pembekal pulak sila hantar Salinan Sijil Perniagaan,Salinan Penyata Akaun dan Nombor Telefon di tempat pejabat yang yang mana anda berurusan

Dokumen yang perlu disediakan untuk menyediakan Sijil Gaji Akhir (LPC) ialah 3 salinan Sijil Gaji Akhir (Kew 101-Pin 1/82), 3 salinan slip gaji, satu salinan surat pertukaran pegawai/kakitangan dan satu salinan Kew 8. Sekiranya ada potongan pinjaman kenderaan dan komputer perlulah disertakan tambahan salinan kepada kedua-dua potongan tersebut. Kesemua dokumen di atas perlu dibuat 1 salinan untuk rujukan dan simpanan Bahagian Pinjaman.

Bagi menyediakan Kew 8, perlulah ada butir-butir perubahan, tarikh sepertimana tertera di dalam butir-butir perubahan dan hendaklah ditandatangani oleh seorang pegawai dan seorang ketua pembantu tadbir. 

Tarikh akhir penghantaran Borang Perubahan Gaji (KEW 320) di peringkat PTJ adalah sebelum atau pada 4hb setiap bulan kecuali ada perubahan akan dimaklumkan. Sila rujuk Pekeliling Pembayaran Gaji Tahunan.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.